Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025




Dalam merangka Pelan ini, 9 bidang keutamaan yang dikenal pasti hasil daripada Laporan Penilaian Pendidikan Negara yang telah diperhalusi. Sembilan perkara tersebut ialah
  1. Memartabatkan profesion keguruan
  2. Meningkatkan kepimpinan sekolah
  3. Meningkatkan kualiti sekolah
  4. Memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran
  5. Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa
  6. Mengukuhkan penglibatan ibi bapa, sektor swasta dan masyarakat sebagai rakan kongsi dalam pendidikan
  7. Meningkatkan kesedian murid untuk merebut peluang dalam pendidikan tinggi dan pasaran kerja
  8. Memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber
  9. Membina kemampuan serta keupayaan system penyampaian pendidikan.
Daripada keseluruhan 9 bidang keutamaan ini, kementerian telah mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang diingini oleh seluruh rakyat Malaysia. Sebahagian daripada anjakan ini merupakan perubahan strategi dan hala tuju pendidikan, manakala anjakan yang lain merupakan perubahan operasi yang telah dan sedang dilaksanakan. Sama ada perubahan bersifat strategi atau operasi, semuanya menggambarkan perubahan amalan semasa. Sebelas anjakan tersebut ialah :
1.      Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa
2.      Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3.      Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
4.      Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan
5.      Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan didetiap sekolah.
6.  Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7.      Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran
8.      Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9.      Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10.  Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11.  Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.
Sekiranya semua 11 anjakan dalam pelan ini dilaksanakan dengan cekap dan berkesan, untuk tempoh 13 tahun akan datang, Malaysia akan menyaksikan satu anjakan besar dalam system pendidikan Negara, iaitu daripada system yang memfokuskan akses, kepada pendidikan yang berfokuskan kualiti. Kementerian akan mewujudkan Unit Penyampaian Pendidikan untuk memacu perlaksanaan pelan ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ethnomathematics


Apakah Golden Section??



Sebelum kita berbicara lebih lanjut tentang aplikasi golden section dalam sejarah kesenian dunia. Mari kita sama-sama memahami sejarah serta konsep golden section yang merupakan satu keajaiban matematik yang sangat menakjubkan. Golden section merupakan satu nisbah, di mana ia meliputi nisbah bagi satu garis ( atau segi empat) yang dibahagikan kepada dua bahagian yang tidak sama. Nisbah bagi bahagian yang kecil kepada seluruh rajah adalah sama bagi nisbah bahagian yang besar kepada seluruh rajah. Atau dalam istilah matematiknya:




          Golden section merupakan satu nombor yang tidak terhingga 1.61803...... . Nisbah ini telah ditemui sejak sebelum masihi lagi apabila Euclid (300SM) telah berjaya mempelopori bidang Geometri dan berjaya mencetuskan idea penemuan Golden Section. Walaupun pada masa itu ia tidak dikenali sebagai Golden section namun konsep yang diperkenalkan tetap sama. Golden Section bukan sahaja banyak digunakan dalam matematik malahan ia juga banyak diaplikasikan dalam bidang kesenian dan alam semula jadi.



Golden Section dan Seni Lukis




Tentu anda semua mengenali lukisan Mona Lisa yang sangat terkenal dengan kehalusan seninya sentuhan pelukis terkenal Leonardo da Vinci. Hari ini, Mona Lisa masih merupakan antara lukisan terbaik dalam sejarah seni lukis. Namun tahukah anda da Vinci telah mengapliksikan teori Golden Section dalam hasil karya agung beliau, Mona Lisa?


 
Bagaimana Golden Section di aplikasikan oleh da Vinci dalam Mona Lisa?? Cuba anda semua perhatikan lukisan Mona Lisa di bawah....
 
Monalisa masih menjadi antara lukisan paling istimewa
dalam sejarah seni lukis

Daripada gambar di atas, jelas menunjukkan beberapa aplikasi golden section dalam seni lukisan da vinci. Antaranya ialah:
 
Jarak di antara pangkal leher ke pusat anak mata Mona Lisa dan dari pangkal leher ke bahagian atas dahi.
 
Jarak di antara bahagian kanan muka ke bahagian kanan pumcak hidung dan tinggi muka dari titiik tersebut.
 
Jarak antara bawah dagu ke bawah bibir dan dari bawah dagu ke bawah hidung


 
Golden Section dan Seni Bina




           Golden section dalam seni bina?? Persoalan ini masih terus menjadi tanda tanya jika kita tidak meneliti atau menghalusi setiap hasil seni bina dunia yang menakjubkan seperti piramid, taj mahal dan sebagainya. Cuba kita fikirkan bagaimana bangunan sekukuh piramid dan seindah taj mahal dibina tanpa menggunakan teknologi secanggih hari ini? Aplikasi golden section merupakan salah satu elemen penting bagi keunikan serta keseimbangan seni bina terdahulu. Namun, bagaimanakah golden section diaplikasikan dalam seni bina? Golden Section telah digunakan bagi menghasilkan sebuah seni bina yang kukuh dan cantik. Cuba anda perhatikan keunikan aplikasi golden section dalam seni bina berabad-abad dahulu.


Aplikasi phi ( golden section) menjadikan piramid merupakan
salah satu perkara ajaib dunia.



       



Panthenon merupakan bangunan yang banyak menaplikasikan
golden section dalam pembinaanya


           
           Masyarakat Greek Kuno mengenali golden section sebagai "dividing a line in the extreme and mean ratio" dan ia telah digunakan secara meluas untuk keindahan dan keseimbangan bangunan Parthenon dan seni bina yang lain.




Di India, kita ketahui bahawa Taj Mahal (1648) merupakan sebuah tanda cinta agung Shah Jehan terhadap isterinya Mumtaz Mahal. Namun tahukah anda bahawa keunikan seni bina Taj Mahal turut mengapliksikan golden section dalam pembinaannya? Cuba kita perhatikan gambar rajah di bawah yang menunjukkan setiap bahagian penggunaan Golden Section. Golden section menjadikan Taj mahal nampak cantik dan unik dengan keseimbangan yang begitu indah pada pandangan mata.


 

Taj mahal bukan sahaja lambang cinta agung Shah Jehan malahan lambang keunikan Golden Section dalam seni

Hari ini, aplikasi golden section dalam kesenian bukan hanya menjadi sejarah namun ia masih giat diaplikasikan. Namun kepentingan sejarah penemuan Golden Section daripada manusia ahli matematik terdahulu tetap dijadikan sebagai aspirasi. Bukan sahaja dalam kesenian malahan golden section banyak digunakan dalam pelbagai cabang bidang seperti biologi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

jom main code breaking

Code Breaking
Code Breaking

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

jom main...^^V

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sudoku


jom uji minda
.
.
.
.

klik 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jom Main Math Games


Brain tranning games




nak main game nie
jom klik link dibawah
.
.
.
.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Funny Math Riddles for Kids










  • Which month has 28 days? 
    Ans : All of them of course!

  • What’s the easiest way to double your money? 
    Ans : Put it in front of a mirror.

  • What has a face and two hands but no arms or legs? 
    Ans : A clock 

  • What 4 days of the week start with the letter ‘t’?
    Ans :  Tuesday, Thursday, today and tomorrow.

  • What goes up and doesn’t come back down? 
    Ans : Your age.

  • If two’s company and three’s a crowd, what are four and five? 
    Ans : 9

  • What has a thumb and four fingers but is not alive? 
    Ans : A glove.

  • What occurs once in every minute, twice in every moment and yet never in a thousand years? 
    Ans : The letter m.

  • What occurs twice in a week, once in a year but never in a day? 
    Ans : The letter e.

  • If there are 4 apples and you take away 3, how many do you have? 
    Ans : You took 3 apples so obviously you have 3.

  • Where do fish keep their money? 
    Ans : In the river bank.

  • How did the soccer fan know before the game that the score would be 0-0? 
    Ans : The score is always 0-0 before the game.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS