Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025




Dalam merangka Pelan ini, 9 bidang keutamaan yang dikenal pasti hasil daripada Laporan Penilaian Pendidikan Negara yang telah diperhalusi. Sembilan perkara tersebut ialah
  1. Memartabatkan profesion keguruan
  2. Meningkatkan kepimpinan sekolah
  3. Meningkatkan kualiti sekolah
  4. Memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran
  5. Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa
  6. Mengukuhkan penglibatan ibi bapa, sektor swasta dan masyarakat sebagai rakan kongsi dalam pendidikan
  7. Meningkatkan kesedian murid untuk merebut peluang dalam pendidikan tinggi dan pasaran kerja
  8. Memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber
  9. Membina kemampuan serta keupayaan system penyampaian pendidikan.
Daripada keseluruhan 9 bidang keutamaan ini, kementerian telah mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang diingini oleh seluruh rakyat Malaysia. Sebahagian daripada anjakan ini merupakan perubahan strategi dan hala tuju pendidikan, manakala anjakan yang lain merupakan perubahan operasi yang telah dan sedang dilaksanakan. Sama ada perubahan bersifat strategi atau operasi, semuanya menggambarkan perubahan amalan semasa. Sebelas anjakan tersebut ialah :
1.      Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa
2.      Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3.      Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
4.      Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan
5.      Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan didetiap sekolah.
6.  Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7.      Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran
8.      Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9.      Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10.  Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11.  Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.
Sekiranya semua 11 anjakan dalam pelan ini dilaksanakan dengan cekap dan berkesan, untuk tempoh 13 tahun akan datang, Malaysia akan menyaksikan satu anjakan besar dalam system pendidikan Negara, iaitu daripada system yang memfokuskan akses, kepada pendidikan yang berfokuskan kualiti. Kementerian akan mewujudkan Unit Penyampaian Pendidikan untuk memacu perlaksanaan pelan ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS