Dalam merangka Pelan ini, 9
bidang keutamaan yang dikenal pasti hasil daripada Laporan Penilaian Pendidikan
Negara yang telah diperhalusi. Sembilan perkara tersebut ialah
- Memartabatkan profesion keguruan
- Meningkatkan kepimpinan sekolah
- Meningkatkan kualiti sekolah
- Memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran
- Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa
- Mengukuhkan penglibatan ibi bapa, sektor swasta
dan masyarakat sebagai rakan kongsi dalam pendidikan
- Meningkatkan kesedian murid untuk merebut peluang
dalam pendidikan tinggi dan pasaran kerja
- Memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan
sumber
- Membina kemampuan serta keupayaan system
penyampaian pendidikan.
Daripada keseluruhan 9 bidang keutamaan ini,
kementerian telah mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi
menghasilkan perubahan yang diingini oleh seluruh rakyat Malaysia. Sebahagian
daripada anjakan ini merupakan perubahan strategi dan hala tuju pendidikan,
manakala anjakan yang lain merupakan perubahan operasi yang telah dan sedang
dilaksanakan. Sama ada perubahan bersifat strategi atau operasi, semuanya
menggambarkan perubahan amalan semasa. Sebelas anjakan tersebut ialah :
1.
Menyediakan
kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa
2.
Memastikan
setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3.
Melahirkan
rakyat Malaysia yang menghayati nilai
4.
Transformasi
keguruan sebagai profesion pilihan
5.
Memastikan
pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan didetiap sekolah.
6. Mengupaya
JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan
keperluan.
7.
Memanfaatkan
ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran
8.
Mentransformasi
kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9.
Bekerjasama
dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.
Sekiranya semua 11 anjakan dalam pelan ini
dilaksanakan dengan cekap dan berkesan, untuk tempoh 13 tahun akan datang,
Malaysia akan menyaksikan satu anjakan besar dalam system pendidikan Negara,
iaitu daripada system yang memfokuskan akses, kepada pendidikan yang
berfokuskan kualiti. Kementerian akan mewujudkan Unit Penyampaian Pendidikan
untuk memacu perlaksanaan pelan ini.